TERKINI

85,435 calon mendapat tempat di TEVT, ILKA

85,435 calon mendapat tempat di TEVT, ILKA

30/05/2012 3:59pm

PUTRAJAYA — Seramai 85,435 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berjaya memperoleh tempat di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2012/2013.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 8.4 peratus berbanding tawaran sesi lalu iaitu sebanyak 78,780 calon, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa.

"Sejumlah 87,730 calon lepasan SPM dan SKM telah memohon untuk program pengajian peringkat sijil dan diploma di TEVT dan ILKA,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Daripada jumlah yang berjaya itu, seramai 43,672 (51.1 peratus) adalah calon lelaki dan 41,763 (48.9 peratus) perempuan.

Beliau berkata, pelajar boleh menyemak status keputusan permohonan mulai hari ini melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755 /6766, Laman Web http://upu.mohe.gov.my, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS):UPU TEVTILKA (No.KP) dan SMS ke 15888.

Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan terus kepada institusi dan agensi mulai 30 Mei hingga 9 Jun 2012.— BERNAMA

Process time in ms: 16