TERKINI
4 rumah setinggan di Segambut terbakar
KUALA LUMPUR — Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terlibat sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md. Diah.
"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.
Seorang mangsa Yong Wai Yan, 21, berkata, dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana sedang nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.
"Saya seorang di rumah kerana mak dan ayah saya pergi bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.
"Kerugian dianggarkan oleh ayah saya sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,”katanya.— BERNAMA
Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak
PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.



Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

