TERKINI
UniMAP jalin kerjasama dengan Arab Saudi
KANGAR — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalin kerjasama strategik dengan tiga institut pengajian tinggi di Arab Saudi bagi memperkasa bidang teknologi nano, bioperubatan dan kejuruteraan mikroelektronik.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan Buraydah College berlangsung dua hari lalu, di institut pengajian tinggi itu yang terletak di Buraydah, kota pentadbiran bagi wilayah Al Qassim.
UniMAP diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin manakala Buraydah College diwakili Canselornya, Dr. Abdullah Al Shetaiwi semasa menandatangani MoU itu.
Majlis itu turut disaksikan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Syed Omar Al Shagoff dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Tan Sri Dr. Zainul Ariff Hussain.
Dr. Kamarudin berkata, UniMAP memilih Buraydah College kerana ia dilihat mampu membentuk dan merangka kerjasama akademik dan penyelidikan yang lebih menjurus kepada pembangunan kurikulum kejuruteraan mikroelektronik terutama teknologi nano.
Kerjasama itu juga termasuk mengadakan program pertukaran pelajar dan pertugas.
Buraydah College yang ditubuhkan pada 2009 adalah institut pengajian tinggi swasta terbaik di Al Qassim yang memberi tumpuan pengajian kepada bidang penting seperti kejuruteraan, perubatan dan farmasi. — BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

