TERKINI

Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

26/05/2012 7:43pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur yang melancarkan buku ‘Allah, Kebebasan & Cinta” tulisan Irshad Manji yang disifatkan telah mencemar agama Islam negara ini.

Seramai 10 wakil NGO berkenaan iaitu dari Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 1 tengah hari tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengedaran buku itu pada 19 Mei lalu merupakan tindakan yang tidak menghormati negara dan penduduk beragama Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah memutuskan bahawa tulisan Irshad Manji dalam buku ”Allah, Kebebasan & Cinta” bertentangan dengan ajaran Islam. – BERNAMA

Process time in ms: 172