NEGARA

Najib ke New York untuk lawatan kerja

Najib ke New York untuk lawatan kerja


NAJIB disambut kakitangan kedutaan sebaik sahaja tiba di New York, Amerika Syarikat semalam.


NEW YORK - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan kerja yang bertujuan mengukuh dan memperluas hubungan dengan negara ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Westchester County di sini dengan pesawat khas pada pukul 1 pagi (1 tengah hari Rabu waktu Malaysia) selepas melakukan lawatan kerja ke United Kingdom.

Ketibaan mereka disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Othman Hashim.

Najib mempunyai aturcara yang sibuk bermula dengan mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS).

Perdana menteri turut dijadual menyaksikan pertukaran beberapa dokumen sempena mesyuarat tersebut termasuk memorandum persefahaman antara MyBiomass, Sime Darby dan Felda; Universiti Kebangsaan Malaysia dan NYAS; Universiti Teknologi Malaysia dan Columbia Univeristy; Centre for Global Sustainability Studies (CGSS), Universiti Sains Malaysia dan Earth Institute, Columbia University; Nano Malaysia Corporation dan Advanced University Energy Research serta Technology Center of Stony Brook University, New York.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16