NEGARA
Hidup dengan minum air sungai

RAWANG - Nyawa seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas Shell tempatan ternyata masih panjang apabila dia ditemui selamat semalam biarpun sudah empat hari terkandas di dalam Hutan Taman Rimba Templer di sini.
Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan gerakan mencarinya selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki hutan itu pada Rabu lalu.
Ketika ditemui, Hardip berada di lereng bukit dalam keadaan sejuk dan letih dengan memeluk batu di lereng bukit.
Usaha membawa keluar lelaki itu mengambil masa kira-kira dua jam kerana mangsa terpaksa diusung oleh pasukan penyelamat.
Hardip kemudian dibawa ke Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan di kaki selain patah bahu kiri.
Sepanjang tempoh empat hari di dalam hutan itu, Hardip yang masuk ke kawasan itu seorang diri dikatakan terpaksa bergantung hidup dengan hanya meminum air sungai berhampiran lereng bukit itu.
Mangsa dikatakan terkandas di lereng bukit itu selepas terjatuh dari ketinggian empat meter ketika memasuki hutan itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

