NEGARA
Projek bekalan air, tenaga dipercepat

PAKAN - Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang berjanji akan berjumpa dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk membantu mempercepatkan kelulusan projek bekalan air dan elektrik luar bandar di Sarawak.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, kerajaan sedar bahawa ketiadaan bekalan air bersih dan tenaga elektrik memberi kesulitan kepada penduduk luar bandar.
"Masyarakat Dayak di luar bandar khususnya amat mengharapkan dua projek itu dilaksanakan agar mereka boleh menyambut Gawai Dayak kali ini dan pada masa akan datang dengan lebih meriah," katanya pada majlis bersama rakyat di rumah panjang di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

