KOMUNITI KITA

Puteri UMNO lancar konvoi rai jururawat

Puteri UMNO lancar konvoi rai jururawat




ROSNAH (dua dari kanan) mengibarkan bendera UMNO sebagai tanda untuk melepaskan peserta konvoi sambutan Hari Jururawat, Ibu dan Guru sempena ulang tahun UMNO ke-66 di Kuala Lumpur baru-baru ini.HARGAI. Sebagai tanda menghargai sumbangan jururawat, ibu dan guru, Pergerakan Puteri UMNO melancarkan konvoi sambutan untuk ketiga-tiga perayaan tersebut bersempena ulang tahun UMNO ke-66 baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ketiga-tiga golongan itu telah banyak berjasa dalam membentuk generasi yang berkualiti.

"Konvoi yang diadakan sepanjang bulan Mei ini akan disertai oleh 13 Pergerakan Puteri UMNO Negeri. Program ini akan bergerak ke negeri-negeri dengan mengadakan sambutan untuk tiga golongan itu," katanya.

Sebanyak 10 buah kereta menyertai konvoi Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor ke Hospital Ampang bagi meraikan 200 orang jururawat.

Sebelum itu, Rosnah meraikan 480 orang jururawat Hospital Kuala Lumpur dengan memberi mereka hamper sebagai tanda penghargaan.

Process time in ms: 31