KOMUNITI KITA
Karnival kesihatan dan keselamatan di Taman Sri Gombak

MERIAH. Seramai 300 orang sekitar Fasa 7, 8 dan 9 Taman Sri Gombak hadir ke majlis Karnival Kesihatan dan keselamatan anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Sri Gombak yang dipengerusikan oleh Yuszahari Mohd. Yusoff baru-baru ini.
Selain pemeriksaan kesihatan dan pameran keselamatan, pertunjukan YoYo Cina dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Wha dan pertandingan mewarna turut diadakan.
Pengerusi majlis (wakil penduduk) Thomas Chong berkata, majlis itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang kesihatan dan keselamatan masyarakat.
Majlis yang diadakan di Padang Fasa 8 Taman Sri Gombak itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Gombak (Mayang), Abdul Rahim Kamaruddin.
Turut terlibat memeriahkan karnival ialah Mayang Parlimen Gombak, Pejabat Polis Daerah Gombak, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak serta Agensi Antidadah Kebangsaan.
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

