VARIA
Raikan Hari Ibu di Atmosphere 360
![]() |
|
CHEF Choo Kean (kanan) bersama Chef Abdul Halim menunjukkan sebahagian daripada menu istimewa Hari Ibu di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. |
ANDA masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk bersama insan yang paling istimewa bergelar ibu pada 13 Mei ini? Apa kata jika anda singgah ke Atmosphere 360 yang terletak di Menara Kuala Lumpur.
Restoran tersebut menawarkan juadah tradisional Melayu dan pelbagai hidangan cita rasa antarabangsa dalam suasana yang cukup istimewa. Terletak di tengah-tengah ibu kota dengan ketinggian 282 meter, restoran yang bercirikan hiasan dalaman bak kapal angkasa itu pasti menjanjikan pengalaman baharu buat ibu anda.
Menurut Master Chef Eksekutif Masakan Cina, Chef Chan Choo Kean, restoran Atmosphere 360 menawarkan hidangan bufet dengan lebih 50 pilihan hidangan yang menyelerakan. Promosi bermula dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang.
Menurut Choo Kean, beliau dan Chef Masakan Barat, Chef Abdul Halim Mansor mencipta satu menu istimewa sebagai hidangan signatur sempena Hari Ibu yang pasti memikat selera.
"Menu itu ialah asam pedas ekor lembu yang dimasak selama hampir sejam sehingga kuahnya pekat.
"Walaupun sedikit kering, ia masih dapat menonjolkan rasa asam pedas asli kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Antara hidangan lain yang disediakan termasuklah masak lemak nanas ikan merah, masak lemak tempoyak ikan patin, itik panggang dan udang mentega.
Tambah Choo Kean, jika pengunjung inginkan kelainan, mereka berpeluang menikmati lebih daripada 10 seleksi sushi, sashimi dan tempura yang disajikan bersama nori shoyu atau sos berasaskan rumpai laut.
"Kita juga menyajikan hidangan tempatan seperti mihun Singapura, roti canai bersama kuah dal, dim sum serta ikan bakar dan air asam.
"Pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan pencuci mulut tradisional seperti serawa durian, bubur pulut hitam, tat kelapa dan pelbagai pilihan kek" jelasnya.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

