TERKINI
Irene Fernandez beri keterangan di pejabat SPRM
PUTRAJAYA - Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu temu bual yang disiarkan oleh akhbar ”The Jakarta Post”, Isnin lalu.
Beliau, yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, ditemani ahli keluarga dan peguam tiba di perkarangan Kompleks SPRM kira-kira 9.15 pagi tadi.
Dalam temu bual selama 90 minit itu, Fernandez diminta memberi maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana tiada undang-undang khusus menjaga kebajikan pekerja.
Semalam, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata kehadiran Fernandez bukan untuk tujuan siasatan. — BERNAMA
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

