TERKINI
Orang Asli bimbang ancaman gajah
GRIK — Kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, di sini bimbang keselamatan mereka terancam berikutan sekumpulan gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka pada waktu pagi dan malam.
Penduduk mendakwa keadaan itu sudah berlarutan lebih dua minggu dan banyak tanaman seperti anak getah dimusnahkan gajah berkenaan, termasuk terbaru kenderaan mereka turut dipijak haiwan itu.
Ketua UMNO Cawangan Pengkalan Permai, Andak Lembut, 58, berkata walaupun pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang pagar eletrik, namun ia masih gagal menghalau haiwan itu.
Katanya bangunan tadika di Kampung Banun turut dirosakkan kumpulan gajah berkenaan.
"Kami mahu kumpulan gajah itu dihalau keluar agar tidak menganggu keselamatan kami,” katanya kepada pemberita. — BERNAMA
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

