STAILO
Bibir seksi menggoda
![]() |
|
|
BANYAK aset wanita diangkat sebagai pengukur keseluruhan penampilan. Kenyataannya, walau apa pun kriteria yang dijadikan sandaran kecantikan wanita, bibir yang menawan tetap mengungguli paras rupa kaum Hawa.
Aktres filem 27 Dresses, Katherine Heigl pernah membuat kenyataan bahawa ada seorang perempuan memberitahunya, bibir Katherine kelihatan seperti ditekan dengan yogurt strawberi.
Frasa tersebut cukup membuktikan tarikan Katherine terletak pada warna bibirnya yang merah biarpun tanpa calitan gincu.
Pemilik bibir terseksi di dunia, Angelina Jolie kekal menjadi rujukan apabila melibatkan bibir menawan. Kedudukan Angelina sebagai wanita berbibir seksi sukar dicabar walaupun pasangan Brad Pitt itu pernah dituduh menjalankan pembedahan plastik bagi mencantikkan bibir beliau.
“Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas mana-mana anggota badan termasuk bibir saya.
“Semua yang anda lihat dahulu dan hari ini adalah yang asli. Saya tidak menentang individu lain melakukan pembedahan kecantikan, tetapi perkara itu bukan stail saya,” dedah Angelina kepada media Barat.
Satu-satunya bintang yang pernah menumpaskan Angelina sebagai pelakon berbibir seksi ialah Shu Qi. Bibir mungil milik aktres Hong Kong itu telah mengenepikan dominasi Angelina pada tahun 2008.
Ketika dilontar persoalan berkenaan kejayaan tersebut, pelakon filem The Transporter itu mengatakan suatu ketika dahulu, ibunya pernah menyuarakan kebimbangan terhadap struktur bibirnya yang besar.
“Ibu saya risau bagaimana saya akan berdepan dengan dunia menjelang dewasa dan sejak dahulu lagi, saya tidak pernah merasakan bibir saya seksi,” tutur pelakon berusia 36 tahun itu.
Menilik wajah-wajah artis tempatan pula, pandangan sudah pasti tertancap pada pesona sepasang bibir kepunyaan Kilafairy. Tidak dinafikan, anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis Angelina Jolie.
Saat karier dia baharu bertapak, daya tarik utama Kilafairy itu dipersoalkan, bahkan terdapat pihak mengatakan aktres filem Karak itu pernah menyuntik bibirnya agar tampak menarik.
“Saya tidak perlu menerangkan perkara ini berulang kali. Bibir saya memang asli dan ia mungkin disebabkan faktor saya sebagai anak kacukan Melayu dan Pakistan,” jelasnya.
Selain Kilaifary, aktres yang sedang meningkat naik, Izara Aishah juga dikatakan mempunyai bibir menawan.
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

