STAILO
Imaginasi inspirasi animasi

MENGHASILKAN pakaian yang diinspirasi daripada watak kartun, animasi atau siri dongeng, bukanlah sesuatu yang asing dalam persada fesyen antarabangsa. Buktinya, pada tahun lalu, koleksi fesyen dan aksesori bertemakan kisah dongeng Alice in Wonderland, memenuhi kebanyakan butik di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Sementara itu, di India pula kreativiti kelompok pereka fesyen tempatan menyaksikan mereka menghasilkan gaun mini kembang dan gaun meleret konsep Barbie, ilham daripada animasi tersebut.
Terbaharu, pada Minggu Fesyen Australia, para penonton teruja apabila berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen koleksi musim bunga/panas 2012, jenama Romance Was Born yang bermotifkan watak komik adiwira, Marvel Comics.
Marvel Comics atau nama asalnya Timely Comics, diterbitkan oleh syarikat Marvel sekitar tahun 1939. Sehingga ke hari ini komik tersebut masih mendapat sambutan positif dalam kalangan peminat komik kerana menghimpunkan cerita adiwira popular seperti Spiderman, The Incredible Hulk, Amazing Adventures, Amazing Fantasy dan The Avengers.
Justeru mengambil populariti adiwira kumpulan Marvel Comics dan seiring tayangan filem The Avengers, di seluruh dunia, jenama Romance Was Born mempertaruhkan pakaian wanita yang sesuai digayakan tatkala bersantai dan menghadiri parti bersama teman.
Nuansa terang
Sebanyak 25 pasang pakaian yang terdiri daripada kemeja, blaus, gaun mini, skirt dan seluar pendek dihasilkan menggunakan fabrik nuansa terang. Antaranya, biru, merah, jingga kuning, ungu dan hijau. Warna-warna gelap seperti hitam, coklat, kelabu dan ungu gelap turut menjadi pilihan rumah fesyen itu.
Lebih menarik, setiap helaian baju ataupun seluar koleksi berkenaan menerapkan cetakan watak-watak Marvel Comics. Meskipun menggunakan karakter hero seperti Spiderman, Hulk dan Avenger tetapi busana yang dihasilkan tetap menyuntik elemen funky, comel dan anggun kepada si pemakai.
Pereka jenama Romance Was Born bijak mengaplikasi koordinasi rekaan, motif dan warna pada pakaian. Tambahan pula, mereka berjaya menonjolkan struktur siluet busana ringkas, mewah dan menarik.
![]() |
|
BENTUK badan Incredible Hulk digunakan pada koleksi blaus warna hitam dan putih ini. |
Menurut salah seorang pereka Romance Was Born, Anna Plunkett, bekerjasama dengan Marvel antara pengalaman manis dan paling berharga bagi jenama tersebut. Apatah lagi, mereka diberi kebenaran dan akses untuk menggunakan grafik serta watak-watak kartun pada koleksi terbaharu itu.
"Kumpulan Marvel banyak memberi sokongan dan mengajar kami supaya lebih kreatif semasa bereksperimen dari segi rekaan dan susun letak karakter pada item fesyen.
"Paling mengujakan apabila semua lakaran fesyen di atas kertas dan komputer dapat diterjemah dalam bentuk realiti. Diharap koleksi Marvel Comics pantas menarik minat pencinta fesyen dan penggemar komik," jelas Plunkett.
Dalam pada itu, Presiden Marvel Entertainment International, Simon Philips, menyatakan jenama Romance Was Borin telah menghasilkan himpunan fesyen komik yang cukup menakjubkan.
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.





Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

