SUKAN
Arsenal pilih jalan sukar
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) mengakui barisan pemainnya telah memilih laluan sukar dalam misi untuk memburu slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Ini kerana, skuad The Gunners sekadar seri 3-3 dengan Norwich City dalam saingan Liga Perdana England di Stadium Emirates kelmarin.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak-anak buah Wenger kini berada dalam situasi tertekan yang mana kedudukan Arsenal di tangga ketiga carta liga boleh dipintas pada bila-bila masa oleh dua pencabar terdekat mereka, Tottenham Hotspurs dan Newcastle United.
Ketika saingan musim ini hanya berbaki satu perlawanan, Arsenal mengumpul 67 mata, dua mata di depan Spurs dan Newcastle.
Spurs dan Newcastle berpeluang memintas kedudukan skuad The Gunners itu sekiranya berjaya menewaskan lawan masing-masing yang berlangsung malam tadi.
Spurs berkunjung ke Aston Villa manakala Newcastle menanti kehadiran pendahulu liga, Manchester City di Stadium Sports Direct Arena.
Ekoran situasi tersebut, Wenger menganggap pasukan mana yang akan layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan hanya akan diketahui sehingga perlawanan terakhir musim ini.
"Kini, segala-galanya bukan berada dalam genggaman kami (Arsenal) lagi. Kami perlu menunggu keputusan perlawanan membabitkan Spurs dan Newcastle.
"Kami sebenarnya sedar bahawa jika kami gagal mencatat kemenangan ke atas Norwich, situasi seperti ini pasti akan terjadi. Kini, kita tunggu dan lihat sahaja," kata Wenger.
Ditanya sama ada Arsenal lebih berhak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, Wenger berkata: "Ia perlu diambil kira daripada pelbagai aspek.
"Ketika ini, kami memiliki 67 mata, dan setiap tahun kamu layak ke saingan Liga Juara-Juara dengan jumlah mata yang begitu." - AFP
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

