NEGARA

Najib: Tangkis cubaan musnah negara

Najib: Tangkis cubaan musnah negara


NAJIB diiringi Tiong Lai (kiri) dan Dhammaratana masuk ke kawasan kuil untuk merasmikan sambutan Hari Wesak di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya membina negara ini bersama-sama dalam semangat 1Malaysia dan nilai-nilai baik dan menangkis semua cubaan untuk memusnahkan negara.

"Adalah penting untuk kita membina negara ini, misalnya untuk membina sebuah rumah, ia perlu dibina setingkat demi setingkat, lakukan pemulihan dan belajar daripada kesilapan. Kita perlu memandang ke depan, berdamai, itulah konsep yang perlu diberi peringatan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Berucap di hadapan penganut agama Buddha di Kuil Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini sempena sambutan Hari Wesak yang disambut semalam, Najib menegaskan, pentingnya untuk rakyat bukan sahaja mengamalkan sikap saling bertoleransi tetapi 'berhijrah ke tahap penerimaan sepenuhnya' dan menghormati perbezaan masing-masing.

Apa juga anutan agama seseorang, katanya, adalah penting untuk mencari kebaikan agama itu seperti sikap positif dan ajaran baik yang dapat membentuk nilai-nilai baik untuk negara.

"Apabila kita bercakap mengenai nilai-nilai baik, ia perlu diamalkan dan diterapkan pada peringkat berbeza," kata Perdana Menteri yang percaya Malaysia akan mempunyai masa depan cerah kerana rakyatnya secara berterusan menyumbang kepada pembangunan negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 0