NEGARA

Tampil bantu siasatan polis

Tampil bantu siasatan polis


KHALED (kanan) melihat modul sains yang disediakan oleh pelajar Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak di Damansara Damai, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Kementerian Pengajian Tinggi menggesa 22 pelajar yang gambar mereka dikeluarkan oleh polis berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lepas, supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti dan mencari pelajar terbabit.

"Jika kami (kementerian) menemui pelajar terbabit dulu, mereka akan dinasihatkan menyerah diri bagi membolehkan polis menyiasat. Mereka tidak perlu takut," katanya selepas melancarkan kampus Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak di Damansara Damai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 15