PESONA
Membeli-belah sambil beramal

SEAWAL pukul 7.30 pagi pada hujung Mac lalu, para wakil media sudah ‘terpacak’ di Pasar Raya Besar Giant, Kota Damansara untuk membeli-belah. Walaupun terpaksa bangun awal pagi, semua wakil media teruja untuk melakukan tugasan tersebut yang persis program Troli Monopoli.
Wakil-wakil media perlu membeli-belah barangan keluaran Procter & Gamble (P&G) dan Giant tidak melebihi nilai RM500 untuk dihadiahkan kepada rumah amal yang terpilih.
Berbekalkan troli dan adrenalin yang memuncak, tugasan tersebut menjadi mudah walaupun ada di antara peserta media yang termengah-mengah kerana terpaksa berlari-lari.
Aktiviti hypermarket sweep yang diadakan sempena dengan pelancaran kempen The Gift of Learning itu bukan sahaja memberi peluang kepada penjaga dan kanak-kanak istimewa membawa pulang produk bernilai RM500, malah ia merapatkan jalinan persahabatan antara penerima sumbangan, media dan kakitangan P&G, pihak Giant serta Guardian.
Bantuan profesional
Sesungguhnya, kanak-kanak istimewa memerlukan kasih sayang, jagaan dan bantuan profesional untuk membantu mereka mencapai kesejahteraan mental dan fizikal.
“Walaupun amat penting bagi kanak-kanak ini untuk menjalani rawatan yang khusus, namun malangnya tidak semua mampu untuk berbuat demikian.
“Adakalanya, ini menyebabkan keluarga mereka mengalami tekanan kewangan yang tinggi,” kata Christine Wong, Presiden Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Selangor (PKKIA).
Didorong oleh kepercayaan yang kuat bahawa setiap kanak-kanak istimewa patut mendapat peluang untuk hidup, belajar dan berjaya, P&G sekali lagi berkerjasama dengan rakan niaga prihatin iaitu Giant dan Guardian untuk melancarkan kempen The Gift of Learning, satu usaha untuk meraih dana di seluruh negara.
Kempen selama dua bulan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000 untuk lapan pusat jagaan kanak-kanak istimewa di seluruh Malaysia bagi menyediakan terapi dan latihan secara percuma.
Pengguna-pengguna yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan membeli produk P&G terpilih di gedung Giant dan farmasi Guardian di seluruh negara termasuk jenama harian seperti Pantene, Olay, Rejoice, Head & Shoulders, Clairol Herbal Essences, Whisper, Downy, Gillette, Oral-B, Ambi-Pur, Febreze, Dynamo dan Fab.

“Sokongan rakyat Malaysia dalam membantu kanak-kanak istimewa ini merupakan dorongan utama komitmen P&G untuk memperjuangkan matlamat ini selama 12 tahun di bawah program tanggungjawab sosial korporat kami iaitu Open Minds.
“Kami amat terharu dengan sambutan yang diterima apabila kempen ini dilancarkan buat kali pertama pada tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Ellie Xie.
Tambahnya, misi kali ini adalah untuk menyediakan terapi percuma dan latihan kepada lebih ramai kanak-kanak istimewa.
Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada lapan penerima termasuk Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Tasputra Perkim, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang, Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelektual Perak, Persatuan bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor, Pusat Seri Mengasih Sabah dan Persatuan Autisme Kuching.
Usaha murni
Sementara itu, Pengarah Operasi Kumpulan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Ian Cruddas yang hadir sama pada majlis tersebut gembira kerana dapat turut serta dalam kutipan dana itu.
“Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan pasar raya kami sebahagian daripada masyarakat sejak 67 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini.
“Sesungguhnya, rangkaian kami bukan sahaja mampu menyediakan ‘Big Variety, Great Value and Everyday Low Prices’, malah menyokong dan membantu apa jua usaha murni yang dilakukan.
“Oleh itu, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati dan penyayang terhadap rakan senegara yang memerlukan, untuk sekali lagi menjalankan tanggungjawab
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

