NEGARA
Pekerja swasta Melaka terbela
MELAKA – Selepas pengumuman gaji minimum RM900 sebulan bagi sektor swasta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Pekerja kelmarin, seramai 70,000 sektor swasta termasuk mereka yang berkhidmat di bawah anak syarikat kerajaan negeri di Melaka boleh menarik nafas lega.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar), berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri itu melegakan para pekerja di negeri ini apabila sebelum ini menerima gaji pokok antara RM500 dan RM600 sebulan.
“Memang sebelum ini, kita telah memberi gaji minimum RM800 yang melepasi garis kemiskinan kebangsaan kepada pekerja swasta terutamanya yang berkhidmat dengan anak syarikat kerajaan negeri.
“Namun, selepas Perdana Menteri mengumumkan gaji minimum RM900, kita akan mengikut skim tersebut mulai tahun hadapan,” katanya selepas merasmikan seminar Isu Semasa Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

