DIVA INTERAKTIF

Penerbit tabur harapan

Penerbit tabur harapan

NOVEMBER lepas, Diva terbaca punyalah gempak tiga buah produksi yang dikendalikan oleh AAR Intelligent Sdn. Bhd., Northstar Acres Sdn. Bhd. dan Dzed Resources Sdn. Bhd. buat sidang media tentang tiga buah filem, Taiko, Khon Malay dan 1945. Bila tengok senarai pelakonnya, nama pelakon handalan Bunohan, Faizal Hussein pula dijual untuk berlakon ketiga-tiga buah filem berkenaan.

Masa sidang media, puak penerbit tadi bukan main beria-ria bercerita. Konon-kononnya penggambaran untuk tiga buah filem itu akan dalam bulan Disember 2011 tetapi kini dah hujung April 2012, habuk pun tak ada.

Dengar cerita, pelakon yang terlibat yang terlibat untuk filem-filem berkenaan semuanya kena makan angin keluar asap sahaja. Ada yang dah pergi ke sesi latihan bertinju, hafal skrip bagai dah, kamera tak juga terpacak kat lokasi.

Yang tak bestnya, sebab asyik tunda dan tunda, jadual pelakon yang terlibat habis terbabas sampai terpaksa tolak tawaran filem lain.

Diva sebenarnya kagum dengan semangat penerbit-penerbit baharu berkenaan tapi janganlah jadi saudagar mimpi yang hanya pandai cerita bulan dan bintang.

Orang lain buat filem, awak pun nak buat filem, cakap kedai kopi bolehlah.


Diva:Tak sabar tunggu 13 Mei, Kosmo! nak buat konsert pelancaran di Kuching, Sarawak.

Process time in ms: 31