NEGARA
Manifesto khas BN untuk Kelantan

TUMPAT - Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan yang mengandungi janji-janji yang akan dikotakan jika negeri ini kembali diterajui BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan yang gagal dilaksanakan Pas sejak memerintah negeri ini pada tahun 1990.
"Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto). Manifesto itu secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan apabila menang di Kelantan.
"Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

