NEGARA

32 nelayan Vietnam ditahan

32 nelayan Vietnam ditahan


ANGGOTA Maritim Malaysia (kiri) mengawal tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan bersama 32 awak-awak di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tok Bali berjaya menahan tiga bot nelayan asing dari Vietnam bersama 32 awak-awak yang sedang menangkap ikan di sekitar lokasi 110 hingga 112 batu nautika dari Timur Laut Tok Bali kelmarin.

Komander Maritim Tok Bali, Zainin Abdul Majid berkata, nelayan asing yang ditahan pada pukul 1 petang itu berusia antara 20 dan 61 tahun serta tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, anggaran hasil rampasan yang melibatkan tiga buah bot dan alat penangkapan ikan bernilai RM150,000 kini ditahan di pangkalan operasi Maritim Malaysia Tok Bali sebagai bahan kes pendakwaan bagi kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Orang Melayu, Asli sebaka

ORANG Melayu zaman dahulu terkenal dengan ketangkasan berlawan dan bersifat pejuang.

Stailo!»

Aksesori pelengkap sisi maskulin

Obsesi pada koleksi kasut adalah normal bagi lelaki kerana ia merupakan pelengkap gaya mereka.

Varia!»

Belka lebar sayap ke Pantai Timur

Imej Michael Jackson ini dihasilkan menggunakan lapisan Belka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32