HORIZON

Pesona DoubleTree by Hilton

Pesona DoubleTree by Hilton


PENGUNJUNG hotel berpeluang menikmati landskap Kuala Lumpur dari bilik Hotel DoubleTree by Hilton.


TERLETAK di dalam radius bandar raya Kuala Lumpur, Hotel DoubleTree by Hilton menjadi tumpuan penginapan pelancong kerana tarikan di sekitarnya.

Kedudukannya yang strategik di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak memudahkan pengunjung untuk membeli-belah, mencari menu makanan terbaik, hiburan tanpa henti atau sekadar berurusan di pejabat-pejabat berhampiran.

Dibina sebagai sebahagian daripada pusat komersial bertaraf dunia, The Intermark, hotel setinggi 34 tingkat itu menyediakan 540 bilik dan suite pelbagai pilihan kepada pengunjung.

Sebaik melangkah ke ruang lobi, pengunjung pasti terpesona apabila disambut dengan kakitangan hotel yang ramah dan mesra.

Tidak cukup dengan itu, biskut cip coklat buatan tangan yang menjadi signatur utama DoubleTree by Hilton sebagai mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Berlatarbelakangkan panorama dan landskap indah bangunan pencakar langit di sekitarnya, setiap bilik dan suite direka khas dengan penataan dalaman dan susur atur perabot yang berkonsepkan moden dan kontemporari.

Dengan keluasan keseluruhan 32 meter persegi, pengunjung bukan sahaja berasa selesa, malah dibuai mimpi indah tatkala berbaring di tilam empuk di bawah jenama Sweet Dreams yang menjadi signatur utamanya.


DOUBLETREE BY HILTON menjadi persinggahan tetamu daripada pelbagai latar belakang terutamanya ahli perniagaan.


Ruang bilik airnya juga selesa dan luas sekali gus memberikan privasi kepada pengunjung.

Antara kemudahan lain di hotel itu ialah televisyen bersaiz 32 inci beserta kemudahan akses Internet tanpa wayar yang beroperasi 24 jam setiap hari. Di samping itu, pengunjung juga berpeluang menggunakan kemudahan seperti panggilan dail terus antarabangsa, peti sejuk mini dan kemudahan membuat kopi dan teh yang disediakan.

Bagi pengunjung yang ingin merasai kemewahan dan layanan kelas pertama pula, terdapat sembilan tingkat suite esekutif yang ditawarkan di situ.

Terdapat lebih 152 executive room, 19 deluxe suite, 21 executive suite dan lima terrace suite yang boleh dipilih. Tata rias suit itu direka secara eksklusif dan mewah sesuai dengan status penghuninya.

Menginap di hotel itu juga tidak lengkap tanpa menjamu selera di Makan Kitchen. Terletak di Aras 11, restoran berinspirasikan tempatan itu mampu memuatkan kira-kira 350 pengunjung pada satu-satu masa.

Rasai sendiri keenakan dan kelazatan lebih 200 hidangan yang diilhamkan daripada sajian popular Melayu, Cina, India, Nyonya, Kristang (Portugis Melaka) dan Iban hasil air tangan barisan chef berpengalaman.


MAKAN Kitchen wajib menjadi persinggahan tetamu DoubleTree by Hilton kerana menggabungkan kulinaridaripada lima kaum di Malaysia di bawah satu bumbung.


Bosan menikmati sajian yang sama, apa kata ke Tosca yang menawarkan hidangan tradisional Itali dan Medditereanean yang pastinya memukau selera.

Jika mahu sekadar bersantai bersama teman-teman menikmati alunan muzik, Axix Lounge adalah jawapannya. Jangan lupa mencuba aneka sandwic, kek atau pastri di The Food Store.

Tidak sekadar itu, pengunjung boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di hotel ini. Pengunjung boleh bersenam di gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan terkini.

Pengunjung yang ingin berendam atau sekadar berjemur di bawah pancaran matahari boleh ke kolam renang disediakan khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Selain menjadi lokasi penginapan, hotel bertaraf lima bintang itu juga sering berfungsi sebagai lokasi persidangan dan majlis-majlis rasmi.

Dewan utamanya seluas 1,085 meter persegi mampu memuatkan sehingga 1,000 pengunjung. Ia juga mempunyai lapan bilik pelbagai fungsi yang lengkap dengan kemudahan audio visual untuk acara persidangan, mesyuarat dan seminar.

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. Gambar hiasan

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15