VARIA

Nikmat mewah Magnum

Nikmat mewah Magnum

HUGO (tengah) bersama ratu cantik negara (dari kiri) Kimberly, Nadia, Nadine dan Thanuja sempena memperkenalkan aiskrim terbaharu jenama Magnum.


SELEPAS memperkenalkan aiskrim perisa coklat Belgium yang terdiri daripada jenis Classic, Almond dan Chocolate Truffle pada tahun lalu, Magnum sekali lagi memikat deria rasa dengan melancarkan aiskrim terbaharu iaitu Choco Cappuccino.

Pastinya kemunculan perisa berkenaan bakal menjadi dambaan penggemar setia coklat dan kopi kapucino. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa batasan.

Secara ringkasnya, Magnum adalah antara jenama aiskrim yang dikenali sebagai simbol kemewahan dan kenikmatan. Sejak aiskrim coklat Belgium berada di pasaran, permintaan daripada konsumer terus meningkat. Situasi tersebut secara tidak langsung mendorong Magnum untuk tampil dengan perisa baharu yang lebih hebat dan lazat.

Menurut Pengarah Pemasaran, Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Hugo Verkuil, dia berasa gembira apabila aiskrim Magnum pantas bertakhta di hati masyarakat tempatan.

"Sama seperti aiskrim coklat Belgium, perisa Choco Cappuccino turut menawarkan mood mewah setiap kali anda menikmatinya.

"Kami mendapati orang Malaysia begitu menyukai coklat dan kopi kapucino. Maka, tidak mustahil aiskrim perisa ini antara pilihan yang ideal," jelas Hugo pada majlis pelancaran aiskrim Choco Cappuccino yang bersalut lapisan tebal coklat Belgium.

Sementara itu, pada malam kemuncak majlis tersebut, para tetamu turut dihiburkan dengan pertunjukan fesyen mewah. Barisan model profesional mengatur langkah dalam persalinan busana eksklusif hasil rekaan Eric Choong. Jenama Michael Ong pula menampilkan seleksi fesyen potongan Melayu kontemporari manakala Zang Toi memperkenalkan persalinan gaya diraja. Tidak ketinggalan sut sofistikated koleksi Granoff.

Selain itu, suasana glamor majlis Magnum semakin dirasai dengan kemunculan empat orang ratu cantik Malaysia iaitu Ratu Cantik Dunia 2009/10, Thanuja Ananthan; Ratu Cantik Dunia Malaysia 2010/11, Nadia Heng; Ratu Cantik Malaysia Universe 2010/11, Nadine Ann Thomas dan Ratu Malaysia Universe 2011/12, Kimberley Leggett yang turut serta memperkenalkan aiskrim perisa Choco Cappuccino.

"Sesi pertunjukan fesyen dan kemunculan ratu cantik sejajar dengan kempen kami yang bertemakan, Enjoy the Royal Treatment. Lagipun Magnum sememangnya berhasrat untuk meraikan para peminat Magnum dengan nikmat gaya fesyen mewah," tambah Hugo.

Infiniti!»

Beli tiket dengan mudah dan cepat

KAKITANGAN CatchThatBus, Nadiah Syazana Abdullah menunjukkan cara pembelian tiket menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Varia!»

Rawatan bekam ketika berpuasa

BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16