KOMUNITI KITA
28 buah SAR dapat bantuan
SHABUDIN (dua kiri) menyampaikan cek bantuan kepada seorang kakitangan SAR pada majlis penyerahan bantuan di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. |
PRIHATIN. Sebanyak 28 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Parlimen Tasek Gelugor masing-masing menerima bantuan pengurusan RM21,974.54 daripada Kementerian Pelajaran di Bertam Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya ketika menyampaikan bantuan itu berkata, melalui bantuan tersebut, pihak pengurusan sekolah boleh menaiktaraf bangunan sekolah berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat bagi meningkatkan kemudahan SAR untuk keselesaan pelajar.
Seorang penerima bantuan, Md. Noor Abdul Rahim dari Madrasah Shifiq Simpang Tiga, Tasek Gelugor berkata, bantuan tersebut amat baik dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

