KOMUNITI KITA

Pemain ARSEA FC beraksi cemerlang

Pemain ARSEA FC beraksi cemerlang

NAWAS KHAN (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama pemain-pemain pasukan ARSEA FC di Gombak baru-baru ini.


SEMANGAT. ARSEA FC yang baru ditubuhkan dua bulan lalu berbangga apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sepasukan anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Taman Greenwood yang berlangsung di padang Taman Greenwood, Gombak baru-baru ini.

Ketua jurulatih, Nawas Khan Ab. Rahman berkata, pencapaian ARSEA FC itu di luar jangkaan memandangkan banyak pasukan yang hebat bertanding dalam kejohanan itu.

Sebanyak 32 pasukan sekitar DUN Gombak Setia menyertai kejohanan itu,

Kejohanan itu dirasmikan oleh Penyelaras Persekutuan DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Process time in ms: 0