GARAJ

Tarikh akhir Cabaran Ford Ranger Global dilanjutkan

Tarikh akhir Cabaran Ford Ranger Global dilanjutkan


JANGAN lepaskan pelung untuk memenangi Ford Ranger yang penuh kuasa ini.


FORD Malaysia baru-baru ini melanjutkan tarikh akhir Cabaran Ford Ranger Global pada 15 April ini (esok). Tindakan itu dibuat berikutan sambutan luar biasa yang diterima syarikat berkenaan.

Cabaran Ford Ranger Global adalah kempen pemasaran di seluruh dunia yang diadakan sebelum pelancaran Ford Ranger serba baharu tidak lama lagi.

Hanya lima peserta bertuah akan diberi peluang untuk memandu dan menguji kesahihan dakwaan Binaan Teguh Ford. Peserta juga berpeluang memandu pulang sebuah Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) baharu menerusi cabaran tersebut.

Ford Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, antara idea cabaran yang telah dikemukakan ialah pemanduan lasak lagi mencabar selama 13 jam dari Kuching ke Long Seridan, Sarawak, memandu ke Tanjung Tualang untuk menangkap ikan peacock bass dan ekpedisi menjelajah muka bumi di Kuala Mu, Perak.

Untuk menyertai Cabaran Ford Ranger Global Malaysia, orang ramai hanya perlu menghantar permohonan menerusi laman web: www.fordrangerchallenge.com.my, www.ford.net.my atau www.facebook.com/FordRangerMY.

Peserta juga perlu memberi penjelasan mengenai idea cabaran unik mereka untuk menguji keupayaan jentera Ford Ranger serba baharu.

Panel hakim kemudian akan memilih lima penyertaan terbaik berasaskan kualiti dan kreativiti. Lima peserta akhir akan diumumkan Ford pada 1 Mei ini.

Maklumat lanjut mengenai cabaran itu boleh didapati menerusi laman web: www.fordrangerchallenge.com.my.

Process time in ms: 47