VARIA
Sensasi rasa pahit manis

BERIKUTAN sambutan dan permintaan yang sangat menggalakkan, Berjaya Starbucks Coffee Sdn. Bhd. baru-baru ini telah menampilkan semula sesuatu yang menjadi kegemaran penggemar kopi di Malaysia iaitu Starbucks Cocoa Cappuccino.
Diadun dengan teliti dan digabungkan dengan menggunakan minuman klasik Starbucks, variasi ini menambah sedikit kelainan pada rasa kopi.
Starbucks Cocoa Cappuccino diperbuat daripada espreso gelap yang dilapisi sos mocha pahit manis dengan kombinasi tepat susu dan buih. Sebagai sentuhan terakhir, sos mocha dan serbuk koko ditabur di atasnya.
Minuman ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa mahupun cuaca. Peminat kopi Starbucks pasti menyukai setiap hirupan minuman kopi campuran ini.
Ia boleh dinikmati secara panas atau sejuk yang disediakan oleh barista yang mahir. Starbucks komited untuk memastikan setiap cawan dan setiap detik menjadi sempurna untuk semua pelanggan.
Cara apakah lagi minuman ini boleh dinikmati? Gandingkan ia bersama Tuna Toastie yang menggoda selera. Permukaan roti yang diletakkan isi tuna dengan cili segar dan keju parut menambahkan lagi keenakannya.
Mungkin ia kelihatan seperti roti bakar yang ringkas, namun keenakannya membuatkan anda mahu menikmatinya lagi.
Jangan lepaskan peluang melawat cawangan Starbucks terdekat anda dan alami rasa Starbucks Koko Cappuccino dan Tuna Toastie hari ini.
Varia!»

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan
KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.




Kafe kedai hardware
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

