VARIA

Sumbangan Softlan untuk pesakit kanser

Sumbangan Softlan untuk pesakit kanser

PIKOUNIS (dua dari kiri) dan Pengurus Pemasaran Softlan, Liew Pooi Wan (kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM81,000 kepada beberapa pemimpin NGO sempena Kempen Amal Payu Dara Softlan dalam satu majlis baru-baru ini.


BARAH payu dara merupakan ancaman kesihatan utama dalam kalangan wanita hari ini. Di Malaysia, kajian turut membuktikan bahawa kira-kira satu daripada 20 wanita berisiko mendapat kanser berkenaan.

Menyedari hakikat itu, Softlan, jenama pelembut fabrik terkenal, telah melancarkan Kempen Amal Kaser Payu Dara Softlan setiap tahun sejak tiga tahun lalu bagi menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang pengesanan awal kanser payu dara.

Melalui kempen itu, Softlan menyalurkan 10 sen daripada setiap penjualan sebotol Softlan yang mempunyai label reben merah jambu pada penutup botol kepada dana tersebut.

Semua dana yang terkumpul diagihkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk menyokong usaha-usaha mengesan barah payudara di peringkat awal.

Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Chris Pikounis berkata, pada tahun lalu, pihaknya telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM81,000 melalui kempen yang dijalankan.

"Jumlah itu melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu sebanyak RM75,000 dan RM78,000 pada tahun sebelumnya," katanya pada majlis penyerahan cek sempena meraikan penutupan kejayaan Kempen Amal Kanser Payudara Softlan bersama beberapa NGO baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Pink Unity, NCSM, Lena Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif BCWA, Ranjit Kaur dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin.

Tambah Pikounis, sejak tiga tahun lalu pihaknya telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM231,832 dalam usaha memerangi kanser payudara.

"Saya terharu dengan sokongan yang diberikan pengguna di Malaysia untuk membantu menjayakan kempen berkenaan.

"Sumbangan itu penting untuk membantu beberapa NGO berkenaan menyediakan unit-unit pemeriksaan bergerak, peralatan memogram, latihan penjagaan sokongan dan inisiatif pendidikan di kawasan luar bandar dalam usaha memerangi kanser di negara ini," ujarnya.

Stailo!»

Stereostar Clothingdidik remaja Muslim

PERANAN simbol, nombor dan tulisan jawi dapat membantu anak-anak muda memahami konsep asas Islam menerusi fesyen.

Varia!»

Pameran seni anjuran korporat

STOWE (dua dari kanan) dan Serenella (tiga dari kiri) pada pelancaran buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31