VARIA

Maxis perkenal 20 aplikasi

Maxis perkenal 20 aplikasi

SEBANYAK 20 aplikasi yang boleh dimuat turun oleh pengguna berdaftar Maxis merangkumi gaya hidup, sukan, hiburan dan banyak lagi.


SYARIKAT peneraju telekomunikasi negara, Maxis Berhad baru-baru ini melancarkan secara serentak sebanyak 20 aplikasi yang boleh dimuat turun ke pelbagai peranti pintar seperti iPhone, Android dan tablet.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Jabatan Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, mengikut statistik, secara purata rakyat Malaysia menggunakan perbankan Internet selama 22 minit dalam sehari dan kebanyakannya melalui telefon bimbit.

Selain itu, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium perhubungan.

Sehubungan itu, langkah Maxis dalam memperkenalkan sebanyak 20 aplikasi merangkumi hiburan, pelancongan, gaya hidup, sukan, pemanduan arah (navigasi) dan pengurusan bil peribadi dianggap sangat tepat.

Kebanyakan aplikasi adalah yang lama, tetapi dikemas kini seperti Maxis F1. Sempena musim Formula Satu, para pengguna Maxis boleh memuat turun aplikasi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai sukan permotoran tersebut seperti jadual, kedudukan, keputusan dan pasukan.

Selepas pelancaran beberapa aplikasi kepada umum, tiga aplikasi tertinggi dimuat turun pengguna Maxis ialah Maxis Movies (100,000 muat turun), Maxis F1 (40,000 muat turun) dan Maxis Customer Services (lebih 25,000 muat turun).

“Bagi pengguna aplikasi Maxis Movies, mereka akan mendapat satu tiket percuma bagi setiap pembelian sekeping tiket,” kata Kugan ketika majlis memperkenalkan 20 aplikasi di Kuala Lumpur.

Selain tiga aplikasi tertinggi dimuat turun, aplikasi lain yang ditawarkan ialah Maxis BPL, Maxis Wifi, Maxis Roam, Maxis One Music, Maxis PayPal, Maxis Mobile Speed Test, Maxis Holidays, Maxis Currency Converter, Maxis Rewards, Maxis QR dan Finder301.


PENGGUNA aplikasi Maxis Movies boleh mendapat sekeping tiket percuma bagi setiap tiket filem cereka yang dibeli melaluinya.


Semua aplikasi boleh dimuat turun dari Maxis Cloud dari www.maxis.com.my/apps melalui pautan Maxis Apps. Semua aplikasi adalah dikemas kini oleh rakyat Malaysia kecuali Maxis PayPal.

“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa seperti PayPal bagi membolehkan pelanggan membuat pembayaran dengan mudah melalui telefon mudah alih dan laman web.

“Kerjasama ini adalah yang pertama di dunia menjadikan Maxis peneraju perkhidmatan pembayaran secara dalam talian,” ujar Kugan lagi.

Dalam pada itu, Kugan memberi jaminan yang kesemua aplikasi Maxis mempunyai antara muka bersifat mesra pengguna.

Buat masa sekarang, Maxis sedang bekerjasama dengan banyak lagi syarikat pembangunan aplikasi bagi mereka bentuk aplikasi-aplikasi untuk para pelanggan Maxis yang berdaftar seramai lapan juta orang itu.

Antara syarikat yang sedang bekerjasama ialah Infindo, Red Ant dan Studio 211.

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31