TERKINI
Piala Axiata: Malaysia Tigers ke separuh akhir
KUALA LUMPUR — Malaysia Tigers melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras semalam.
Mata pertama negara diraih perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, yang menundukkan jaguh badminton Thailand Boonsak Ponsana 21-19, 21-16.
Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula terpaksa berdepan tentangan sengit gandingan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem sebelum mengalahkan mereka 25-27, 21-9, 21-16.
Aksi cemerlang skuad negara diteruskan perseorangan kedua Liew Daren yang menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-18.
Jurulatih negara, Rashid Sidek berkata, pemain negara secara keseluruhannya menunjukkan prestasi yang baik meskipun beregu negara Kien Keat dan Boon Heong terpaksa bermain dalam set penentuan.
"Kita dapat ke separuh akhir, jadi ini satu pencapaian yang baik (bagi) pemain negara,” katanya.
Mengulas pertemuan Malaysia Tigers dengan Indonesia Rajawali esok, Rashid berkata, skuad pelapis Indonesia itu tidak menunjukkan persembahan konsisten.
"Malaysia mempunyai peluang untuk menang. Kita akan buat yang terbaik. Kita memang nak kalahkan mereka kerana sasaran kita adalah juara kumpulan,” katanya. — BERNAMA
Varia!»

Bantu golongan muda miliki rumah
HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.




Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

