DIVA INTERAKTIF

Liyana umumkan cinta

Liyana umumkan cinta

LIYANA JASMAY


SEMAKIN nak bertunang semakin ligat pula Diva tengok langkah si pelakon comel Liyana Jasmay mengusung nama, ke sana ke sini. Tak penat ke dik?

Lepas berlakon menyanyi pula, buka rumah produksi sendiri lagi, lepas ni dengarnya nak sambung belajar di New York, Amerika Syarikat pula.

Pasal Liyana nak bertunang dengan jirannya, Fathuddin Mazlan, rasanya semua sudah maklum. Mereka akan bertunang pada pukul 8 malam, 28 Mac nanti.

Dua hari selepas cincin tersarung di jari manis, Liyana akan melancarkan video muzik single terbaharunya, Cinta Bersatu.

Video muzik Cinta Bersatu itu arahan Ghaz Abu Bakar, orang yang sama buat video muzik Liyana untuk Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta. Asyik panggil Ghaz saja si Liyana ini, untuk drama terbitannya Cik Paris Diva Kampung pun Ghaz juga pengarahnya. Video muzik Cinta Bersatu dibuat khusus untuk telemovie tersebut. Diva harap hubungan Liyana dengan Ghaz hanya hubungan profesional, dia pun dah nak bertunang, jangan fikir bukan-bukan.

Jadi, kepada peminat Liyana Jasmay, tunggulah 30 Mac nanti, pelancaran video muzik itu akan dibuat pada pukul 10 pagi secara serentak membabitkan laman web stesen radio Hot FM, Suria FM, XFM dan web gossip-mossip Mak Jemah di Era FM.

Ia turut dilancarkan di portal hiburan Gua.com, Murai.com, blog Budiey.com, Malaysia Hari Ini (TV3), Astro Ria dan TVi RTM. Hebat, tak main dah buat majlis khas untuk umumkan pelancaran.

Diva: Tahniah buat Irma Hasmi yang selamat jadi tunangan jejaka pilihan hati, Rezza, semalam.

Rencana Utama!»

Kurang 10 tok dalang masih aktif

HOCK SENG menunjukkan patung-patung yang digunakannya sewaktu persembahan wayang kulit.

GenK»

Bazar Orikami TAR UC pamer produk berkualiti tinggi

Ruangan yang memaparkan kisah-kisah kejayaan para pelajar dan alumni TAR UC turut mencuri tumpuan.

Varia!»

Jaga tepi kain orang cara tangani isu sosial

Akses mudah kepada internet antara faktor kepada anak muda bebas bergaul antara satu sama lain. – Gambar hiasan

[email protected]!

Process time in ms: 31