VARIA

Konsert bantu pesakit buah pinggang

Konsert bantu pesakit buah pinggang

PROMOSI LACC2 dilakukan di pusat beli-belah dan kolej-kolej berdekatan USM.


PRIHATIN dengan nasib golongan yang memerlukan, satu konsert amal Love Alive Charity Concert (LACC 2) dianjurkan untuk mengutip dana bagi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

Ia akan diadakan di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 31 Mac ini.

Konsert anjuran Kelab Rotaract Pulau Pinang (Kelab Rotaract) dan NKF itu dikelolakan dengan kerjasama pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi USM menerusi program Adwave 2012 atau Pameran Pengiklanan Pemenang Anugerah.

Bagi menjayakan konsert amal itu, ahli Adwave 2012 turun padang mempromosikan LACC 2 melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan sejak Februari lalu.

Antaranya, kempen jelajah di pusat beli-belah dan pusat pengajian tinggi sekitar Pulau Pinang seperti Kolej KDU Penang, Kolej INTI, Kolej SEGI, Kolej Tunku Abdul Rahman serta sekitar Kampus USM.

Menurut Pengarah Projek Adwave 2012, Jacqueline Khoo, LACC 2 diadakan bersempena dengan Bulan Kesedaran Penyakit Buah Pinggang itu menyasarkan kutipan kira-kira RM100,000 menerusi jualan tiket konsert.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik dijalankan semasa kempen jelajah itu seperti persembahan yang menampilkan bakat golongan muda dan permainan interaktif untuk menarik perhatian para pengunjung.

"Kempen jelajah di pusat beli-belah 1st Avenue George Town misalnya berjaya menarik kira-kira 1,000 pengunjung yang datang melihat pameran tentang penyakit buah pinggang selain membuat sumbangan peribadi.


PAMERAN mengenai kepentingan menjaga ginjal disediakan ahli Adwave.


"Kita bukan menjual tiket konsert semata-mata, tetapi turut mengedarkan risalah tentang penjagaan kesihatan berkaitan buah pinggang serta peranan NKF dalam membela kebajikan pesakit buah pinggang," ujarnya.

LACC 2 menjanjikan hiburan terbaik kepada para penonton melalui persembahan daripada Amber Chia Academy, Zhao Jie Ying, Lau Han Jie, USM Jazz Band, Temple of Fine Arts, Catherine Soon, Renaldo, Shane Low dan Shabi.

Tiket untuk menyaksikan konsert yang melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia itu RM30 seorang dengan diskaun RM10 bagi seorang pelajar. Semua kutipan akan disalurkan ke tabung NKF.

Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 017-470 0064 atau layari laman web lovealive.info, twitter @lovealive2 dan laman sosial Facebook Adwave 2012.

Rencana Utama!»

Mahasiswi sulung sandang gelaran

MAIZURA hanya memulakan latihan debat secara intensif dari pukul 6 petang sehingga 10 malam setiap hari.

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Peristiwa berdarah di Sungai Siput

SEBUAH ladang getah di Sungai Siput yang menjadi mangsa sabotaj komunis semasa Darurat.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31