DUNIA

Bas dihempap penghadang simen

Bas dihempap penghadang simen


SEBUAH bas dihempap serpihan simen di bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pemandu sebuah bas awam cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya dihempap serpihan simen yang terjatuh dari sebuah jejambat di sini kelmarin.

Simen itu retak akibat gegaran gempa bumi sekuat 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan bahagian tengah dan selatan Mexico.

Ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut.

Pusat gempa bumi itu terletak 525 kilometer ke timur Ometepec di negeri Guerrero pada kedalaman 18km.

Sebanyak 1,600 buah rumah dilaporkan rosak manakala 11 orang mengalami kecederaan. - AGENSI

GenK»

Ajar komunikasi dalam bahasa Inggeris

Papan tanda dwibahasa turut dipasang di Kampung Orang Asli Batu 16, Ulu Gombak.

Varia!»

Perpustakaan kuda tarik minat pembaca

Ridwan menunggang kuda untuk membawa buku-buku mengelilingi kampung Serang, Jawa Tengah, Indonesia.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47