KOMUNITI KITA
Aktiviti gotong-royong indahkan ladang rakyat

KERJASAMA. Gabungan tenaga lebih 200 orang menjayakan program gotong-royong membaiki surau, membersihkan masjid dan sekitar kediaman penduduk di Ladang Rakyat, Laka Jaya, Bukit Kayu Hitam baru-baru ini.
Program yang buat julung-julung kali diadakan di kawasan penempatan penduduk itu dianjurkan Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu dengan kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Giat Mara.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu, Wan Zawiyah Wan Halim memberitahu, program Menyusur Akar Puteri UMNO itu mampu menyemarakkan semangat perpaduan dan menyuburkan amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk serta pelajar.
"Program ini juga dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat dan membolehkan pelajar bergaul mesra dengan penduduk," katanya.
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

