INFINITI

Hutan Sepanyol dimamah api

Hutan Sepanyol dimamah api


AHLI bomba terpaksa mengambil air dari tasik berdekatan dengan helikopter bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.


KELIBAT hampir 50 orang ahli bomba dalam pesawat dan helikopter yang bertarung memadam api kelihatan di kaki langit timur laut Sepanyol awal minggu lalu bagi menyelamatkan beribu-ribu hektar hutan yang telah terbakar.

Mereka dilaporkan bekerja tanpa berhenti selama beberapa hari semata-mata mahu mengawal pergerakan api supaya tidak merebak ke kawasan lain.

"Pesawat dan helikopter masih lagi meneruskan kerja memadam kebakaran di kawasan yang terlibat," kata jurucakap di Jabatan Bomba Catalonia baru-baru ini.

Tambahnya pada sidang akhbar yang dibuat awal minggu lalu, semua penduduk akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam beberapa jam lagi.

Bagaimanapun, berdasarkan pada realiti keadaan semasa berita itu dilaporkan, bilangan yang dibenarkan pulang terlalu sedikit berbanding angka pemindahan yang mencecah seramai 200 orang.

Sementara itu, ahli bomba di wilayah berjiran, Aragon, turut sama bertungkus-lumus memadam kebakaran di enam buah tempat berbeza meliputi kawasan seluas 1,100 hektar, manakala penduduk di bandar Castanesia seramai 100 orang telahpun dikeluarkan.

Kebakaran turut dilaporkan terjadi di wilayah Girona dan Lleida, Catalonia. Seluas 500 hektar hutan dilaporkan telah terbakar di Girona sahaja.

Bencana tahunan

Kejadian hutan terbakar di Sepanyol biasanya berlaku ketika musim panas kerana ketika itu suhu begitu tinggi. Bagaimanapun, ia datang lebih awal ketika cuaca masih lagi berada dalam musim sejuk yang kering.

Menurut pejabat cuaca kebangsaan, Sepanyol telah menderita masalah bencana alam tersebut sejak tahun 1940-an. Cuma pada tahun ini, hutan terbakar dan tanaman kering bermula beberapa bulan lebih awal.

Setakat suku pertama tahun 2012, sebanyak 230 kes kebakaran dilaporkan dengan jumlah keluasan mencapai 1,500 hektar di Catalonia. Jumlah tersebut meningkat tujuh kali ganda berbanding tahun lalu.

Tahun ini menyaksikan musim sejuk paling kering di Sepanyol sepanjang rekod cuaca dicatatkan. Perkara yang paling ditakuti oleh pihak berkuasa adalah sekiranya tiada tanda-tanda hujan akan turun dalam masa terdekat.

Ia boleh menyebabkan banyak lagi kebakaran hutan yang tidak dijangka berlaku. Sepanyol mempunyai program mencegah kebakaran yang sangat efektif namun ia perlu dilakukan lebih awal daripada biasa kali ini.

Kekurangan hujan juga menjejaskan industri pertanian dan para petani sentiasa berharap musim kemarau akan berhenti.

Kebimbangan itu dijangka belum berkesudahan kerana sehingga kini, jabatan meteorologi masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan tarikh jangkaan hujan akan turun.

Ramalan

Menariknya, beberapa peramal cuaca tradisional yang menggunakan bawang pula menjangkakan hujan lebat akan turun pada akhir musim bunga.

Sudah menjadi tradisi bagi penduduk selatan Sepanyol, hutan akan turun pada minggu sambutan Easter tanpa mengira ia disambut awal atau lewat. Ia dikenali sebagai Semana Santa yang bermaksud minggu Easter.


SEORANG pegawai bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus memusnahkan sebuah ladang di Catalonia.


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan Catalonia, situasi kebakaran di Girona mula merebak.

Kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu minggu lalu adalah berdasarkan pada jangkaan gerakan angin yang mengubah laluan ke arah selatan.

Dalam masa yang sama, ia turut memberi amaran bahawa angin bakal bertiup semula dari utara dan mungkin lebih kuat pada sebelah petang hari yang sama.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32