VARIA

Butik kelima Strip

Butik kelima Strip


JANET (kiri) dan Deborah di hadapan butik Strip di Solaris Dutamas.


SELEPAS lebih lima tahun beroperasi di Malaysia, Strip terus berkembang dengan pembukaan stor kelima di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bulan lalu. Diasaskan di Singapura, sehingga kini terdapat 34 buah stor Strip di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Pengurus Kumpulan Spa Esprit, Janet Lim memberitahu, kejayaan pembukaan stor kelima tersebut membuktikan penerimaan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.

"Buat masa ini, kami hanya menumpukan kawasan di sekitar Lembah Klang walaupun terdapat permintaan di Pulau Pinang.

"Setakat ini masih belum ada perancangan bagi membuka stor baharu di negeri lain," ujarnya sambil memberitahu stor pertama Strip di Malaysia dibuka pada tahun 2006 di Bangsar.

Selaras dengan pembukaan stor tersebut, Strip turut mengumumkan kolaborasi eksklusif mereka bersama jenama penjagaan kulit uniseks dari New York, Malin+Goetz.

Krim rawatan pertumbuhan bulu jenama antarabangsa itu sangat sesuai digunakan pelanggan yang menjalani sesi waxing di Strip. Ia mampu merawat masalah pertumbuhan bulu yang tidak sekata.

"Kebiasaannya, ramai orang mengadu kulit mereka gatal-gatal ketika bulu yang dicukur tumbuh semula. Dengan menggunakan krim ini, masalah tersebut dapat diatasi dan ia sesuai disapukan pada mana-mana bahagian badan," jelas Janet.

Jurucakap Strip, Deborah Henry merupakan antara pelanggan setia butik waxing terkemuka itu. Difahamkan, beliau berkunjung ke Strip setiap bulan bagi menjalani rawatan kecantikan kuku.

"Bagi sesi waxing, saya akan melakukannya dalam tempoh dua bulan sekali.

"Suasana dan servis yang ditawarkan di Strip membuatkan saya terus kekal mendapatkan perkhidmatan kecantikan di sini," kata Deborah yang dilantik sebagai jurucakap Strip pada tahun lalu. - ALIF ABU BAKAR

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16