NEGARA

Cedera diserang baka Rotweiler

Cedera diserang baka Rotweiler


RADZIAH melihat kecederaan anaknya, Dhiya Qairina sambil diperhatikan Muhammad Nur Akmal di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera apabila diserang seekor anjing ketika sedang bermain basikal bersama seorang rakan di hadapan rumahnya di Lorong Perda Timur, Bandar Perda di sini petang kelmarin.

Akibat serangan tersebut, mangsa, Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik terpaksa dikejarkan ke hospital di sini untuk rawatan kecemasan setelah mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan punggung.

Menurut bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang selepas dia bersama isteri, Radziah Mohd. Adas, 44, dan anaknya itu tiba di rumah selepas keluar membeli barang keperluan harian.

Katanya, sebaik tiba di rumah, Dhiya Qairina yang merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda terus keluar dari kereta dan pergi bermain basikal bersama seorang rakannya yang sudah menunggu di luar pagar rumah.

"Saya terkejut apabila terdengar anak saya menjerit meminta tolong dan saya dapati dia terjatuh daripada basikal akibat diterkam seekor anjing berwarna hitam," katanya ketika ditemui di hospital semalam.

Menurut Muhammad Nur Akmal, dia cuba menghalau anjing itu daripada terus mencakar belakang anaknya tetapi haiwan tersebut bukan sahaja tidak berganjak malah cuba menyerangnya pula.

Bagaimanapun, katanya, anjing itu kemudiannya melarikan diri setelah dia mengangkat basikal anaknya dan mengacu-acukannya beberapa kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Bertakbir dari rumah ke rumah

SETIAP kumpulan takbir mengunjungi hampir 20 buah rumah pada satu malam. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15