VARIA

Cas semula hingga 1,600 kali

Cas semula hingga 1,600 kali


BATERI terbaharu dan kit pengecas ini adalah penyelesaian kepada masalah penggunaan alatan elektronik pengguna hari ini.


BAYANGKAN sebuah bateri cas semula boleh dipakai sehingga hampir empat tahun jika ia dicas sehari sekali untuk setiap tahun. Syarikat elektrik Panasonic baru-baru ini melancarkan bateri cas semula terbaharu, Evolta Rechargeable yang boleh dicas sehingga 1,600 kali tanpa menurunkan kadar ketahanannya.

Selama berdekad-dekad, alatan elektronik dan elektrik mengalami perubahan yang sangat cepat. Banyak peralatan menggunakan kuasa bateri untuk berfungsi - daripada kamera dan alat permainan hinggalah kepada berus gigi dan pencukur elektronik.

Bateri turut mengalami evolusi untuk memenuhi kehendak pasaran terutama jenis bahannya. Bermula daripada bateri yang berasaskan bahan kimia, mangan diikuti dengan alkali.

"Peningkatan teknologi telah menjadikan bateri bukan sahaja sumber tenaga bergerak tetapi perlu selamat, mesra alam dan tahan lama," kata pengarah urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Jeff Lee pada majlis memperkenalkan produk itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bateri cas semula Evolta didatangkan dalam dua saiz, AA dan AAA dengan tiga kit pengecas yang berbeza bergantung masa pengecasan iaitu dua jam, lapan jam dan 10 jam.

Evolta juga telah dibuktikan selamat untuk digunakan kerana reka bentuk luaran bateri itu diselaputi lapisan khas bagi menghindari sebarang risiko kebocoran bahan kimia aktif.

Ia boleh mengekalkan jangka hayat bateri dan mengurangkan risiko berlaku letupan. Bateri cas Evolta juga mesra alam dengan bebas raksa.

Dengan memperkenalkan produk terbaharu ini, Panasonic menjangkakan berlaku peningkatan dalam pasaran sebanyak 40 peratus melalui pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus setahun.

Sekadar perbandingan, kamera model Lumix yang menggunakan bateri cas semula Evolta boleh merakam gambar sebanyak 642 keping manakala dengan bateri biasa, ia mampu mengambil 350 keping sahaja.

Evolta tidak mempunyai memori efek yang menyebabkan bateri tidak mampu menyimpan tenaga dalam masa lama dan boleh terus digunakan selepas dibuka daripada bungkusan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Naib Pengarah urusan Panasonic, Chris Tomachi dan Pengurus Besar Pengimejan Digital, Tenaga dan Pencahayaan, Terence Leong.

Pek dua bateri, sama ada saiz AA atau AAA dijual pada harga bermula RM19.90 hingga RM35.90 manakala model kit pengecas dijual pada harga antara RM49.90 hingga RM149.90. - ADLAN JAAFAR

Rencana Utama!»

Ketibaan jenazah noktah penantian

ANGGOTA tentera melakukan upacara raptai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

Pesona!»

Suasana rumah lebih nyaman

BELKA menawarkan sebanyak 60 pilihan warna lapisan kapas dinding.

Varia!»

Pencarian bintang Dugrostar

PROGRAM Dugrostar memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi bintang menerusi rakaman seni persembahan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15