INFINITI

Kepelbagaian misi Modern Warfare 3

Kepelbagaian misi Modern Warfare 3


PEMAIN perlu bijak mengatur strategi untuk mencapai misi dalam MW3.


TAHUN 2011 merupakan tahun yang sangat mengujakan komuniti gamer di seluruh dunia. Pelbagai permainan menarik telah dilancarkan termasuk Battlefield, Killzone dan Final Fantasy.

Pembangun permainan Infinity Ward tidak terkecuali dalam memperkenalkan permainan video terbaharu mereka iaitu Call of Duty: Modern Warfare 3 (MW3).

MW3 ialah sebuah permainan video menekankan genre first person shooter (FPS) yang dibikin oleh Infinity Ward bersama Sledgehammer Games.

Ia dilancarkan pada penghujung tahun 2011 dan boleh didapati untuk platform Playstation 3, XBOX360, Wii, Nintendo DS mahupun komputer peribadi (PC).

Sama seperti siri-siri Call of Duty sebelum ini, MW3 berjaya dijual lebih 6.5 juta unit di seluruh dunia, sekali gus ditabalkan sebagai salah satu pelancaran terbesar dalam industri permainan video.

Plot

MW3 adalah kesinambungan daripada siri Call of Duty: Modern Warfare 2 (MW2). Pada permainan kali ini, pemain akan membunuh General Shepard, seorang general yang dahulunya dianggap sebagai wira.

Permainan bermula sebaik sahaja watak protagonis, Captain John Soap MacTavish dibawa masuk ke dalam helikopter oleh Captain John Price dan Nikolai di Afghanistan.

Dalam usaha menyelamatkannya, tanpa diduga mereka telah diserang konco-konco Vladimir Makarov yang berhasrat untuk menamatkan nyawa kesemua sahabat karib tersebut.

Persoalannya, adakah Soap berjaya diselamatkan oleh Price dan rakan mereka yang lain? Berjayakah mereka dalam membunuh Vladimir Makarov, seorang pengganas global dalam usaha membawa keamanan kepada masyarakat dunia?

Teknikal

MW3 menggunakan enjin permainan dipanggil IW. Ia enjin yang sama digunakan dalam siri-siri sebelum ini sekali gus menerangkan kesamaan ketara permainan terbaharu ini dengan MW2.

Ia juga dijangka menarik minat pemain dan penggemar asal siri Call of Duty kerana pergerakan karakter mereka dalam semua siri Call of Duty adalah hampir sama.


PEMAIN pasti tidak bosan bermain MW3 kerana ia lebih menyediakan pelbagai cabaran dan misi.


Walaupun perkara ini banyak dipersoalkan oleh orang ramai, Infinity Ward masih berjaya menarik minat orang ramai atas elemen permainan yang ditawarkan.

Bagaimanapun, berbanding dengan siri Modern Warfare sebelum ini dan juga Call of Duty: Black Ops, MW3 mempunyai audio yang dipertingkatkan dan grafik yang lebih terperinci.

Mekanisme permainan

Sepanjang permainan, pemain akan bermain sebagai orang berbeza di seluruh dunia dalam memberi kesedaran kepada pemain bahawa peperangan yang berlaku dalam MW3 adalah pada skala yang sangat besar.

Bahkan, setiap tindakan dan gerakan yang bakal diambil pemain-pemain akan mengubah landskap sejarah.

Objektif-objektif yang berbeza juga menambah kepada kepelbagaian permainan dan strategi yang digunakan sangat menarik dalam permainan.

Pada misi-misi tertentu, pemain perlu mengawal Drone yang memberi perlindungan kepada unit darat berbanding unit udara. Sama seperti MW2, pemain akan diberitahu jumlah nyawa mereka yang tinggal berdasarkan percikan darah pada skrin utama dalam MW3.

Mod dalam talian.

Berikutan kejayaan Infinity Ward dalam mod multiplayer MW2, permainan terbaharu itu telah diberi beberapa nafas baharu.

Kini keseluruhan sistem Killstreak diubah suai menjadi Pointstreaks, walaupun kedua-duanya hampir sama iaitu hanya boleh digunakan jika pemain berjaya membunuh pihak musuh tanpa mati.

Infinity Ward telah membuat perubahan sangat drastik yang mampu menjamin kemenangan dalam mana-mana peperangan jika digunakan dengan cara yang betul.

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0