SUKAN
Tiger Woods tersungkur lagi

MARANA, Arizona - Usaha bekas pemain No. 1 dunia, Tiger Woods untuk bangkit tahun ini terus buntu apabila tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Match Play, kelmarin.
Walaupun pernah muncul juara kejohanan tersebut sebanyak tiga kali sebelum ini, Woods jelas masih kehilangan sentuhan gemilangnya apabila tumpas kepada pemain kurang ternama, Nick Watney dalam pertandingan yang menggunakan format kalah mati satu lawan satu itu.
"Ramai yang memang menjangkakan dia yang akan mara bukan saya. Tetapi jelas ini bukan Tiger Woods yang pernah saya kenal dan dengar," kata Watney.
Menambah derita Woods apabila puttingnya jauh tersasar daripada lubang - satu fenomena yang sukar dilihat sebelum ini.
Ini kali ketiga berturut-turut Woods terkandas di pusingan kedua kejohanan ini.
"Saya tidak tercicir pun satu pukulan. Itu memang bagus. Tetapi malangnya putting saya yang bermasalah," kata Woods yang terlepas tiga putting dari jarak dekat di enam lubang terakhir.
Masalah yang sama turut dihadapinya ketika beraksi di Pebble Beach dua minggu lalu dan di Abu Dhabi, bulan lalu.
Dengan kemenangan itu, Watney menempah pertemuan juga dengan bekas pemain No. 1 dunia, Lee Westwood di pusingan ketiga nanti. - Agensi
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

