SUKAN

AWAS 'Dua Abdul', kalian pasti terjerat!

AWAS 'Dua Abdul', kalian pasti terjerat!




Demikian tekad tonggak pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak (gambar) yang jelas mahu merantai pergerakan dua penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya habis-habisan pada final Piala Malaysia malam ini.

Dengan kecederaan lama di bahagian otot yang dilihat tidak lagi menghantuinya, Aidil yakin kelibat kedua-dua tonggak skuad Penyu itu dapat dirantai sepenuhnya hasil kerjasama bersama rakan segandingannya, Norhafiz Zamani Misbah.

Pada masa sama, Aidil turut berteka- teki mengenai siapa yang perlu diberikan perhatian olehnya, sama ada Abdul Manaf ataupun Abdul Hadi.

"Mungkin saya yang menjaga Hadi dan Norhafiz yang menjaga Manaf, mungkin juga sebaliknya.

"Yang paling penting, pergerakan mereka berdua bersama dua lagi tonggak Terengganu, Ashaari (Samsudin) dan Joseph (Kalang Tie) perlu dirantai habis-habisan," kata Aidil.

Suami kepada aktres terkenal, Rita Rudaini itu memberitahu, dia kini bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik lantaran sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan malam ini.

"Alhamdulillah, saya tidak lagi berasa sakit (ekoran kecederaan lama), justeru pergerakan saya juga tidak lagi terbatas dan berjanji untuk memberikan persembahan seratus peratus.

"Namun pada masa sama, saya harap rakan-rakan sepasukan lain terutamanya di bahagian serangan dan tengah tidak mudah berputus asa mencari gol penya- maan seandainya Terengganu berjaya membolosi gol kami terlebih dahulu nanti," katanya.

Menurut Aidil, kehadiran semula pasa- ngan kembarnya, Zaquan Adha yang dikhabarkan kembali cergas juga boleh memberikan lebih banyak pilihan kepada pasukannya yang sekadar mengharapkan sentuhan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah bagi merobek kekebalan pasukan lawan sebelum ini.

Rencana Utama!»

Kaedah dorsal slit selamat, cepat sembuh

Di negara ini, kebiasaannya kanak-kanak lelaki dikhatankan ketika berumur antara tujuh hingga 12 tahun. – Gambar hiasan

Varia!»

Khidmat pertapa popular di internet

TOON (kiri) mengikat tali pelindung di anggota badan pelanggannya.

Process time in ms: 47