SUKAN

Norhafiz membara

Norhafiz membara


NORHAFIZ (kiri) akan mengetuai benteng pertahanan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.


NAMA Norhafiz Zamani Misbah bukan lagi asing sebagai antara tonggak pertahanan terbaik pernah dimiliki negara setakat ini.

Keampuhannya mengemudi benteng pertahanan, baik ketika beraksi bersama Negeri Sembilan mahupun skuad kebangsaan, sememangnya telah dibuktikan pemain kelahiran Melaka itu.

Malah, mungkin ada yang masih ingat kehebatan Norhafiz yang berjaya menanduk keluar rembatan deras bintang Brazil, Ronaldo di atas garisan gol dalam satu aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2002 yang berkesudahan pasukan kebangsaan tewas 0-4.

Meskipun telah menjangkau usia 30 tahun, Norhafiz masih mendapat kepercayaan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk menge- mudi barisan pertahanan menjelang perlawanan persahabatan di India pada 13 dan 16 November depan.

Namun, di saat beberapa rakan sepasukan seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Shukor Adan dan Shahurain Abu Samah pernah me- ngucup Piala Malaysia yang dimenangi mereka dua tahun lalu, Norhafiz sebenarnya masih lagi kempunan mendakap trofi paling berprestij itu.

Ketika Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dua musim lalu, Nor- hafiz menggalas tanggungjawab bersama KL Plus.

Justeru, kepulangan semula Norhafiz ke Negeri Sembilan musim ini, me- rupakan peluang terbaik baginya menjulang Piala Malaysia.

"Siapa yang tidak kecewa jika masih belum berpeluang menjulang Piala Malaysia, waima bersama mana-mana pasukan setakat ini.

"Justeru, saya berazam bermain bersungguh-sungguh kerana peluang tidak datang banyak kali.

"Inilah masanya untuk saya mengecap nikmat menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam karier saya sebagai pemain bola sepak," katanya lagi.

Norhafiz memberitahu, dia percaya dengan gandingannya di benteng pertahanan Hoben Jang Hoben seperti Aidil Zafuan, Qhairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus bagi mengekang ancaman jentera serangan Terengganu yang dilihat antara yang paling ber- bahaya pada saingan kali ini.

"Kami harus berwaspada kerana rata-ratanya pemain Terengganu ramai yang berkebolehan menjaringkan gol sama ada di dalam mahupun dari luar kotak penalti.

"Justeru, kami tidak boleh leka walau sesaat pada perlawanan akhir nanti," jelasnya.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31