NEGARA

Penerbit filem dan anak dijel

Penerbit filem dan anak dijel

KUALA LUMPUR Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Tunai umrah guna jalan darat

PESERTA Ekspedisi Kembara Bumi Suci 2014 berpeluang bertemu dengan kumpulan motosikal berkuasa tinggi Madinah Riders dan Madinah Gold Riders sewaktu berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Pemotoran!»

Sehangat aksi di litar lumba

PORSCHE 911 GT3 mengambil masa kurang daripada empat saat bagi mencapai kelajuan 100km/j.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31