NEGARA

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion


BAHAGIAN atas dek History Supreme yang kemas untuk bersantai.


LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Rendang Padang menu sahur, berbuka

Hidangan rendang menjadi juadah bersahur dan berbuka puasa yang popular di Padang, Indonesia sepanjang bulan Ramadan.

Pesona!»

Pesta raya di pusat beli-belah

Seni bina Morocco menceriakan suasana di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Varia!»

Bantu gelandangan berbuka puasa

Seorang sukarelawan memberi makanan kepada gelandangan sekitar Pudu, Kuala Lumpur.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31