NEGARA

Padah panjat bangunan asrama

Padah panjat bangunan asrama

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelajar jurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) memanjat bilik rakannya untuk mengambil telefon bimbit dan dompet yang tertinggal mengundang padah apabila dia maut setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut semalam.

Kejadian pukul 2.35 petang itu berlaku selepas Zulkhairi Azmi Md. Bukhari, 19, pulang selepas selesai solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan UM.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, pelajar dari Mersing, Johor tersebut menetap di tingkat tiga bangunan yang sama telah pergi ke bilik rakannya di tingkat lima untuk mengulangkaji lalu terus bermalam di situ.

Bagaimanapun, apabila pulang ke biliknya semula selepas selesai solat Jumaat, dia menyedari dompet dan telefon bimbit miliknya tertinggal di situ dan bergegas ke bilik rakannya tetapi ia berkunci.

Menurut seorang pelajar yang enggan dikenali, selepas itu, Allahyarham kemudian telah menyeberangi ke bilik tersebut menerusi bilik seorang lagi rakannya yang terletak bersebelahan.

"Ketika dia cuba menyeberangi balkoni belakang bilik tingkat lima itu, Zulkhairi Azmi telah tergelincir dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," ceritanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun menurut pelajar berkenaan, dia dan rakan-rakan kemudian tersentak apabila melihat mangsa terjatuh sebelum menghubungi ambulans.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 47