TERKINI
Pengecat rumah didakwa rasuah polis
KUALA LUMPUR – Seorang pengecat rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menawarkan rasuah wang bernilai RM54,950 kepada seorang pegawai polis, dua minggu lepas.
Yap Ten Ooi, 46, didakwa secara rasuah menawarkan wang sebanyak RM54,950 kepada Ketua Inspektor M. Suresh, 41, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan tertuduh daripada ditangkap atas kesalahan memiliki dadah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta tingkat 4, Vista Mutiara Off, Jalan Kepong di sini pada pukul 8.15 malam, 15 Julai lepas.
Ten Ooi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. – Bernama
Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali
BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.
Varia!»

Tapai pulut tiga perisa
TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.



Senjakala untuk lelaki
Ancaman kuman super


