SUKAN
Button laung amaran
![]() |
|
|
LONDON - Pemandu McLaren, Jenson Button (gambar) memberi amaran kepada rakan sepasukannya, Lewis Hamilton menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) GP Hungary hujung minggu ini.
Pemandu Britain ini berkata, dia tidak rela jurang mata antara mereka menjadi semakin besar.
Selepas Hamilton terbabit dalam satu kemalangan pada GP Sepanyol, 9 Mei lalu dan Button menamatkan saingan di tempat kelima, juara dunia itu mendahului dengan kelebihan 21 mata.
Begitupun, itu adalah kali terakhir Button menamat- kan saingan di hadapan Hamilton yang kemudiannya ketinggalan di belakang rakan senegaranya itu pada enam perlumbaan berturut-turut, sekali gus hanya dipisahkan dengan 15 mata.
Kini, Button berazam untuk kembali menggegar litar selepas mencatat keputusan yang hambar dalam beberapa perlumbaan lalu.
"Jerman merupakan hujung minggu yang menarik dan saya harap mampu mengorak satu langkah ke hadapan di Hungary," kata Button.
"Saya ketinggalan 15 mata di belakang Lewis (Hamilton) dan jika mengikut kiraan sistem lama ialah enam mata dan saya tidak mahu ia semakin jauh.
"Saya ingat saya mampu mengutip mata di Jerman tetapi ia tidak berlaku, jadi saya harap dapat melakukannya minggu ini.
Kedua-dua pemandu McLaren itu menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima di Litar Hockenheim selepas jentera mereka gagal menyaingi kehebatan Ferrari dengan dua pemandunya, Fernan- do Alonso dan Felipe Massa serta Red Bull, Sebastian Vettel. - Agensi
Rencana Utama!»

Waspada sajian pada Aidilfitri
PESAKIT diabetes perlu menjalani rawatan dan menjaga pemakanannya sepanjang hayat. - Gambar hiasan.
Varia!»

Jual kerana suka-suka
EYQA (kanan) dan rakan kongsi Muhammad Zulkarnaen gembira penat lelah mereka membuahkan hasil.




Senjakala untuk lelaki
Ancaman kuman super


