SUKAN

Maradona dakwa dikhianati

Maradona dakwa dikhianati


MARADONA menuduh Grondona dan Bilardo sebagai dalang yang menyebabkan kontraknya tidak sambung.


LONDON - Diego Maradona mendakwa dia telah dikhianati selepas kehilangan tugasnya sebagai juru- latih Argentina.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) tidak memperbaharui kontrak itu selepas kekalahan 0-4 kepada Jerman pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Presiden AFA, Julion Grondona pada mulanya memberi peluang kepada Maradona untuk menerus- kan tugasnya itu tetapi tanpa khidmat tujuh pembantu jurulatihnya.

Begitupun, pemain legenda Argentina itu tidak bersetuju dengan syarat tersebut.

Maradona, 49, dalam sidang akhbar di Buenos Aires kelmarin, menuduh pengarah pasukan kebangsaan, Carlos Bilardo yang juga jurulatih skuad yang menjuarai Piala Dunia 1986 telah mengkhianatinya.

"Grandona menipu saya. Bilardo pula mengkhianati saya," kata Ma- radona.

"Setelah kami berjaya melupakan kekecewaan tersingkir daripada kempen Piala Dunia, kami semua bersedia untuk meneruskannya dan kami sedar banyak lagi kerja yang kami harus lakukan.

"Selepas penyingkiran itu, Grondona memberitahu saya dalam bilik persalinan yang dia sangat gembira dengan usaha saya dan mahu saya meneruskannya. Ada ramai saksi dan pemain yang melihatnya.

"Apabila kami pulang ke Argentina, semuanya telah menjadi terbalik.

"Isnin lalu saya berjumpa dengan Grandona dan lima minit ke- mudian dia mahu saya meneruskan khidmat itu, namun tujuh pembantu saya tidak sepatutnya disingkir."

Maradona menjelaskan AFA tahu syarat tersebut tidak akan dipersetujui olehnya dan boleh dijadikan alasan untuk memecatnya.

Kata Maradona: "Jika dia beri- tahu saya syarat tersebut, makna- nya dia tidak mahu saya menerus- kan tugas ini." - Agensi

Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali

BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.

Varia!»

Tapai pulut tiga perisa

TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31