NEGARA

Senarai tempahan model mewah BMW Malaysia terus meningkat

Senarai tempahan model mewah BMW Malaysia terus meningkat


AZRI AZIZ (kanan) bersama wakil pengedarnya di hadapan pusat pengedaran dan jualan BMW di Kuantan semalam.


KUANTAN - BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak 4,000 unit kenderaan bagi tempoh berakhir tahun ini berbanding 3,500 unit pada tahun lalu.

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe berkata, sambutan terhadap model-model utama seperti 5 Series dan 3 Series juga diunjurkan meningkat sebanyak 25 peratus bagi pasaran tempatan.

"Sebanyak 700 unit model 5 Series kini berada dalam senarai tempahan selain model X1 dan X5. BMW juga akan melancarkan model X3 tidak lama lagi dan ia dijangka menerima sambutan baik daripada pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pusat pengedaran dan jualan BMW bagi pasaran Pantai Timur, Pendragon Auto Sdn. Bhd. (Pendragon) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Pendragon, Azri Aziz.

Sebelum ini, aktiviti jualan, servis dan ruang pameran kenderaan BMW telah dikendalikan oleh Auto Bavaria di bangunan yang sama di sini sehingga Pendragon mula mengambil alih operasi berkenaan pada Mei lalu.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Rencana Utama!»

Perjumpaan wajib
setahun sekali

BERGOTONG-ROYONG menganyam ketupat antara aktiviti lazim yang dapat dilihat di kampung-kampung.

Varia!»

Tapai pulut tiga perisa

TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47